Hari Keluarga SK Pusat Juasseh 2009

>> Monday, December 28, 2009


Pada 7 November 2009 yang lalu, SK Pusat Juasseh telah mengadakan 'Hari Keluarga SK Pusat Juasseh' bertempat di pantai Port Dickson, Negeri Sembilan. Hari keluarga ini telah disertai oleh para guru, kakitangan sekolah dan ahli keluarga masing-masing. Seawal jam 10 pagi, rombongan yang diketuai oleh En. Mohd Azmi B Md Aziz menuju ke destinasi utama iaitu KAYNS Resort. Kesemua guru dan kakitangan tiba pada jam 12 tengahari.

Pada sebelah petang, pertandingan petangue telah diadakan di antara ahli bilik dengan ahli bilik yang lain. Naib juara pertandingan ini ialah En. Roslan B. Zakaria dan keluarga manakala juara di sandang oleh En. Mahpot B. Hj. Arshad dan keluarga.

Penyampaian hadiah pertandingan petangue telah diadakan pada sebelah malam semasa kesemua ahli Hari Keluarga menikmati makan malam.


0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Akhbar online anda

beritaharian NST UTUSAN THESTAR HMETRO SINAR KOSMO

Laman interaktif minda

TUTOR EDUWEBTV ZOOMA UPSR

Direktori penting

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP