Hari Anugerah Kecemerlangan SKPJ 2009
>> Monday, December 28, 2009
Pada 17 November 2009, Hari Anugerah Kecemerlangan SK Pusat Juasseh 2009 telah diadakan bertempat di dewan SKPJ. Para jemputan tiba pada jam 1.30 tengahari dan majlis ini bermula pada jam 2 petang. Acara bermula dengan ucapan dari Pengerusi Majlis, diikuti dengan persembahan nasyid, konvokesyen Prasekolah, persembahan Coral Speaking, penyampaian hadiah bagi kedudukan dalam kelas, penyampaian hadiah Ujian Penilaian Kelas Kafa dan persembahan bercerita dari Prasekolah.
Majlis secara rasminya bermula pada jam 3.35 petang dengan ketibaan tetamu VIP iaitu Tn. Hj. Mat Rohani B. Kamar (PPD Kuala Pilah). Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Hasrul Nizam Bin Che Husin, diikuti dengan ucapan dari Guru Besar Cemerlang Tn. Hj. Mohd. Yussof B Mohamad. Majlis kemudiannya dirasmikan oleh Tn. Hj. Mat Rohani B. Kamar.
Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi kedudukan dalam kelas dan mata pelajaran terbaik diikuti dengan penyampaian hadiah bagi Anugerah Murid Cemerlang Akademik, Anugerah Murid Cemerlang Kokurikulum, Anugerah Murid Cemerlang Permainan Peringkat Kebangsaan serta Anugerah Tokoh Murid Keseluruhan. Majlis ini diserikan dengan persembahan tarian 60'an serta persembahan dikir barat.
Majlis tamat sekitar jam 5.30 petang.
0 comments:
Post a Comment