Pada 17 November 2009, Hari Anugerah Kecemerlangan SK Pusat Juasseh 2009 telah diadakan bertempat di dewan SKPJ. Para jemputan tiba pada jam 1.30 tengahari dan majlis ini bermula pada jam 2 petang. Acara bermula dengan ucapan dari Pengerusi Majlis, diikuti dengan persembahan nasyid, konvokesyen Prasekolah, persembahan Coral Speaking, penyampaian hadiah bagi kedudukan dalam kelas, penyampaian hadiah Ujian Penilaian Kelas Kafa dan persembahan bercerita dari Prasekolah.
Majlis secara rasminya bermula pada jam 3.35 petang dengan ketibaan tetamu VIP iaitu Tn. Hj. Mat Rohani B. Kamar (PPD Kuala Pilah). Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Hasrul Nizam Bin Che Husin, diikuti dengan ucapan dari Guru Besar Cemerlang Tn. Hj. Mohd. Yussof B Mohamad. Majlis kemudiannya dirasmikan oleh Tn. Hj. Mat Rohani B. Kamar.
Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi kedudukan dalam kelas dan mata pelajaran terbaik diikuti dengan penyampaian hadiah bagi Anugerah Murid Cemerlang Akademik, Anugerah Murid Cemerlang Kokurikulum, Anugerah Murid Cemerlang Permainan Peringkat Kebangsaan serta Anugerah Tokoh Murid Keseluruhan. Majlis ini diserikan dengan persembahan tarian 60'an serta persembahan dikir barat.
Majlis tamat sekitar jam 5.30 petang.
Bacaan doa oleh Ustaz Hasrul Nizam Bin Che Husin
Ucapan dari Guru Besar Cemerlang, Tn. Hj. Mohd. Yussof B Mohamad
Ucapan Perasmian oleh Tn. Hj. Mat Rohani B. Kamar
Penyampaian hadiah kepada Prasekolah
Antara para jemputan yang hadir
Persembahan tarian 60'an
Persembahan coral speaking
Persembahan bercerita
Tokoh Murid Cemerlang Kokurikulum (Lelaki), Muhammad Fakaruddin B. Mohamed Noor
Tokoh Murid Cemerlang Kokurikulum (Perempuan), Nurfadzillah Bt Mohd Sani
Tokoh Murid Cemerlang Sahsiah, Fahmy B Rosdy
Tokoh Murid Cemerlang Akademik dan Tokoh Murid Cemerlang Keseluruhan, Iffah Izzati Bt. Abd. Rahim
Read more...