Sambutan Hari Guru 2010 SK Pusat Juasseh

>> Tuesday, June 1, 2010

Pada 18 Mei 2010, Sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh telah mengadakan sambutan Hari Guru sempena Hari Guru untuk tahun 2010 dengan tema 'Guru Pembina Negara Bangsa'. Sambutan bermula seawal jam 7.30 pagi apabila semua guru dan pelajar SKPJ berkumpul di padang SKPJ. Sambutan dimulakan dengan penyampaian ucapan perutusan daripada Menteri Pelajaran Malaysia oleh En. Hashim b. Harun dan diikuti dengan penyampaian ucapan perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia oleh Pn. Norlela bt Mohd. Pilus. Sambutan diteruskan dengan ucapan daripada Tn. Hj. Mohamad Yussof b. Mohamad, Guru Besar Cemerlang SKPJ dan ucapan daripada Abd. Hadi b. A. Halem, Ketua Murid SKPJ.

Sambutan diselikan dengan persembahan sajak daripada murid tahun 6, diikuti dengan nyanyian lagu dan bacaan ikrar daripada guru serta penyampaian cenderahati kepada semua guru dan staf SKPJ.Pertandingan bola sepak dan bola jaring antara guru dan murid diadakan pada jam 8.30 pagi. Pertandingan bowling kelapa diadakan pada jam 10.30 pagi. Sambutan diceriakan dengan persembahan daripada murid-murid dan juga persembahan istimewa daripada En. Roslan b. Zakaria.

Sambutan berakhir sekitar jam 12.30 tengahari.



Pertandingan bola jaring

Pertandingan bola sepak

Pertandingan bowling kelapa

Persembahan daripada En. Roslan b. Zakaria

Persembahan murid-murid

Read more...

Seminar Strategi Menjawab Soalan UPSR Luak Kuala Pilah Utara

>> Monday, May 24, 2010


Pada 4hb Mei 2010 yang lalu, satu seminar telah diadakan untuk pelajar-pelajar tahun enam luak Kuala Pilah Utara iaitu seminar strategi menjawab soalan U.P.S.R. Seminar ini dikelolakan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan dihadiri oleh 200 orang pelajar tahun enam dari pelbagai sekolah. Antara sekolah yang terlibat adalah SK Pusat Juasseh, SK Kuala Kepis, SK Juasseh Tengah, SK Padang Lebar, SK Pasir Ambor, SK Pelangai, SK Rembang Panas, SK Tapak, SK Tengkek, SK Tunku Kurshiah, SJKT Ladang Juasseh, SJK (C) Bukit Gelugur, SKJ (C) Yik Hua dan SJK (C) Parit Tinggi. Seminar ini telah diadakan di dalam Dewan Kenangan SK Pusat Juasseh.

Pendaftaran pelajar bermula seawal jam 7.30 pagi dan diikuti dengan slot pertama iaitu Bahasa Inggeris yang telah disampaikan oleh Fasilitator Pn. Rozita bt. Daud. Slot kedua iaitu Matematik bermula pada jam 9.30 pagi dan disampaikan oleh Fasilitator Cik Zaharina bt. Zakaria. Seminar berhenti berehat dan bermula semula pada jam 11.30 pagi dengan slot ketiga iaitu Sains yang telah disampaikan oleh Fasilitator En. Mustafa b. Shamsudin.

Majlis penutupan seminar ini bermula dengan ucapan daripada En. Kamanizam b. Hj. Tindek, Pen. Peg. PPD Kuala Pilah, Bhgn. Kemanusiaan selaku penyelaras program dan telah disempurnakan oleh YB. Dato' Mohammad Razi Bin Kail, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan, Adun Juasseh.

Seminar berakhir sekitar jam 1.30 tengahari.



Fasilitator, En. Mustafa b. Shamsudin

Peserta




En. Kamanizam b. Hj. Tindek, Pen. Peg. PPD Daerah Kuala Pilah

YB. Dato' Mohammad Razi Bin Kail, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan, Adun Juasseh.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Akhbar online anda

beritaharian NST UTUSAN THESTAR HMETRO SINAR KOSMO

Laman interaktif minda

TUTOR EDUWEBTV ZOOMA UPSR

Direktori penting

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP