Program Penyerahan Bantuan Kewangan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)

>> Monday, March 29, 2010

Pada 27hb. Mac 2010 yang lalu, satu program telah diadakan di Dewan Kenangan SK Pusat Juasseh iaitu Program penyerahan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) 2010. Antara sekolah yang terlibat adalah SK Pusat Juasseh, SK Kuala Kepis, SK Rembang Panas, SJK (C) Yuk Hua Juasseh serta SJK (C) Kg. Baru Bukit Gelugor. Pendaftaran para jemputan bermula seawal jam 9 pagi.

Program bermula apabila Tn. Hj. Mohd Yussof B Mohamad, Guru Besar Cemerlang SK Pusat Juasseh memberikan ucapan alu-aluan kepada tetamu yang hadir ke program ini.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Hj. Hasan B Malek, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Kuala Pilah dan seterusnya adalah penyampaian bantuan kewangan kepada ibu bapa/pelajar daripada lima buah sekolah yang terlibat oleh YB Dato' Hj. Hasan B Malek.


Pendaftaran Ibu Bapa


Ucapan Tn. Hj. Mohd Yussof B Mohamad, Guru Besar Cemerlang SK Pusat Juasseh


Ucapan YB Dato' Hj. Hasan B Malek, Timb. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Ahli Parlimen Kuala Pilah






Read more...

Sambutan Maulidur Rasul di SK Pusat Juasseh

>> Monday, March 22, 2010

Pada 12hb. Mac 2010 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh telah mengadakan program Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Program bermula seawal jam 7.30 pagi apabila murid-murid dan guru-guru SK Pusat Juasseh berarak di padang sekolah sambil berselawat ke atas Nabi. Murid-murid dan guru-guru berkumpul di dalam dewan Kenangan SK Pusat Juasseh setelah selesai berarak.
Program diteruskan dengan penyampaian ceramah daripada Ustaz Mohamad Fairuz B Isa, seorang Penceramah Bebas Negeri Sembilan di dalam dewan Kenangan SK Pusat Juasseh.

Murid-murid, guru dan kakitangan SK Pusat Juasseh diberikan jamuan di kantin sekolah. Program diteruskan lagi dengan pertandingan nasyid antara rumah sukan, persembahan deklamasi sajak diiringi persembahan nasyid dan pertandingan kuiz.

Sebelum program berakhir, En. Mahpot B Hj. Arshad, GPK1 SK Pusat Juasseh telah menyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan nasyid.


Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran
Penyampaian ceramah daripada Ustaz Mohamad Fairuz B Isa
Pertandingan nasyid
Deklamasi sajak dan persembahan nasyid
Pertandingan kuiz
Penyampaian hadiah kepada pemenang oleh En. Mahpot B Hj. Arshad

Program berakhir jam 11.45 pagi.

Read more...

Mesyuarat agung PIBG kali ke-35 tahun 2010

>> Thursday, March 11, 2010

Pada 20hb. Februari 2010, mesyuarat agung PIBG SK Pusat Juasseh kali ke-35 bagi tahun 2010 telah diadakan di Dewan Kenangan SK Pusat Juasseh. Mesyuarat yang bermula pada jam 9 pagi ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Hasrul Nizam bin Che Hussin dan telah dirasmikan oleh En.Sarimen bin Sapei, YDP PIBG SK Pusat Juasseh bagi 2009.

Mesyuarat dimulakan dengan pembubaran AJK PIBG SK Pusat Juasseh tahun 2009 dan seterusnya pelantikan YDP dan AJK PIBG SK Pusat Juasseh tahun 2010. En. Mohd Nazuki bin Mohd Nasir telah dilantik menjadi YDP PIBG SK Pusat Juasseh bagi tahun 2010 menggantikan En. Sarimen bin Sapei selaku YDP PIBG 2009.

Tn. Haji Mohd Yussof bin Mohammad, Guru Besar Cemerlang SK Pusat Juasseh juga telah menyampaikan ucapan yang menyatakan harapan beliau ke arah peningkatan kecemerlangan pelajar-pelajar SK Pusat Juasseh dari segi kurikulum dan kokurikulum.
YDP PIBG 2010, En. Mohd Nazuki bin Mohd Nasir juga telah menyampaikan cenderahati kepada bekas pelajar SK Pusat Juasseh yang telah mendapat keputusan cemerlang pada UPSR tahun 2009.

Mesyuarat ini berakhir jam 11.30 pagi.

Barisan VIP yang hadir

Antara ibu bapa yang hadir

Pelantikan YDP dan AJK PIBG SK Pusat Juasseh tahun 2010
Ucapan Tn. Hj. Mohd Yussof bin Mohammad, Guru Besar Cemerlang SK Pusat Juasseh

Penyampaian cenderahati kepada pelajar cemerlang 2009 oleh En. Mohd Nazuki bin Mohd Nasir, YDP PIBG SK Pusat Juasseh 2010

Read more...

Kejohanan sukan Sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh ke-24


Pada 11hb. Februari yang lalu, bertempat di padang SK Pusat Juasseh, telah berlangsung kejohanan sukan SK Pusat Juasseh kali ke-24 tahun 2010. Kejohanan sukan ini bermula pada jam 2 petang dan penutup kejohanan sukan telah dirasmikan oleh YB Dato' Hassan bin Malek, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah merangkap Ahli Parliman Kuala Pilah.

Turut hadir ialah semua guru dan kakitangan SK Pusat Juasseh, ahli-ahli PIBG SK Pusat Juasseh, ibu bapa dan semua pelajar SK Pusat Juasseh.

Pada Kejohanan sukan kali ini, pasukan rumah kuning telah berjaya memenangi dalam acara perbarisan, pasukan rumah biru telah berjaya menjadi juara keseluruhan sukan dan olahragawan serta olahragarawati juga dari pasukan rumah biru.

Tahniah kepada semua warga SK Pusat Juasseh kerana telah sama-sama menggembeling tenaga menjayakan kejohanan sukan tahun ini.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Akhbar online anda

beritaharian NST UTUSAN THESTAR HMETRO SINAR KOSMO

Laman interaktif minda

TUTOR EDUWEBTV ZOOMA UPSR

Direktori penting

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP