Kem Motivasi & Kecemerlangan UPSR 2010
>> Wednesday, July 28, 2010






Pada 18 Mei 2010, Sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh telah mengadakan sambutan Hari Guru sempena Hari Guru untuk tahun 2010 dengan tema 'Guru Pembina Negara Bangsa'. Sambutan bermula seawal jam 7.30 pagi apabila semua guru dan pelajar SKPJ berkumpul di padang SKPJ. Sambutan dimulakan dengan penyampaian ucapan perutusan daripada Menteri Pelajaran Malaysia oleh En. Hashim b. Harun dan diikuti dengan penyampaian ucapan perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia oleh Pn. Norlela bt Mohd. Pilus. Sambutan diteruskan dengan ucapan daripada Tn. Hj. Mohamad Yussof b. Mohamad, Guru Besar Cemerlang SKPJ dan ucapan daripada Abd. Hadi b. A. Halem, Ketua Murid SKPJ.


Read more...
Pada 24hb. April 2010, satu pertandingan bahas Bahasa Melayu peringkat daerah Kuala Pilah telah diadakan di dalam Dewan Kenangan Sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh. Pertandingan bahas ini melibatkan pertandingan antara pasukan bahas SK Pusat Juasseh (sebagai pencadang) menentang SK Dato' Idris (sebagai pembangkang). Pertandingan bermula pada jam 9.30 pagi apabila pihak pencadang memulakan hujah-hujah mereka. Pertandingan ini berakhir sekitar jam 11 pagi dan pasukan SK Dato' Idris telah berjaya memenangi pertandingan ini mengatasi pasukan SK Pusat Juasseh.



Read more...
Pada 30hb. Mac 2010 yang lalu, satu ceramah awal remaja telah diadakan untuk pelajar Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh. Ceramah telah diadakan di dua tempat yang berasingan di mana pelajar perempuan ditempatkan di makmal komputer SK Pusat Juasseh manakala pelajar lelaki ditempatkan di Dewan Kenangan SK Pusat Juasseh.

Read more...
Pada 27hb. Mac 2010 yang lalu, satu program telah diadakan di Dewan Kenangan SK Pusat Juasseh iaitu Program penyerahan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) 2010. Antara sekolah yang terlibat adalah SK Pusat Juasseh, SK Kuala Kepis, SK Rembang Panas, SJK (C) Yuk Hua Juasseh serta SJK (C) Kg. Baru Bukit Gelugor. Pendaftaran para jemputan bermula seawal jam 9 pagi.
Program bermula apabila Tn. Hj. Mohd Yussof B Mohamad, Guru Besar Cemerlang SK Pusat Juasseh memberikan ucapan alu-aluan kepada tetamu yang hadir ke program ini.
Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Hj. Hasan B Malek, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Kuala Pilah dan seterusnya adalah penyampaian bantuan kewangan kepada ibu bapa/pelajar daripada lima buah sekolah yang terlibat oleh YB Dato' Hj. Hasan B Malek.

Pendaftaran Ibu Bapa

Ucapan YB Dato' Hj. Hasan B Malek, Timb. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Ahli Parlimen Kuala Pilah






Pada 12hb. Mac 2010 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh telah mengadakan program Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Program bermula seawal jam 7.30 pagi apabila murid-murid dan guru-guru SK Pusat Juasseh berarak di padang sekolah sambil berselawat ke atas Nabi. Murid-murid dan guru-guru berkumpul di dalam dewan Kenangan SK Pusat Juasseh setelah selesai berarak. 

Pertandingan nasyid


Antara ibu bapa yang hadir
Penyampaian cenderahati kepada pelajar cemerlang 2009 oleh En. Mohd Nazuki bin Mohd Nasir, YDP PIBG SK Pusat Juasseh 2010
Read more...© Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP