Pada 11 hingga 12 November 2009, koperasi SK Pusat Juasseh telah mengadakan jualan lelong sempena cuti akhir tahun yang akan tiba tidak lama lagi. Pelbagai barangan telah dijual dengan harga yang murah antaranya buku bewarna, kamus bergambar, beg kertas dan banyak lagi.Rugi siapa yang tidak berkesempatan mengunjungi koperasi SKPJ. Memang murah!
Antara barangan yang dilelong Murid-murid sedang memilih barangan Bersungguh-sungguh betul murid mencari barang pilihannya
Pada 28 Oktober 2009, SK Pusat Juasseh telah mengadakan Program Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat SK Pusat Juasseh. Program diadakan di dalam dewan SK Pusat Juasseh dan bermula seawal 7.30 pagi. Program ini telah dihadiri oleh semua guru dan pelajar SK Pusat Juasseh.
Acara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, nyanyian lagu Kebesaran Negeri Sembilan dan nyanyian lagu sekolah. Program ini telah dipengerusikan oleh Puan Nor Aznim dan seterusnya Ustaz Hasrul Nizam mengetuai bacaan doa.
Perasmian program sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat SK Pusat Juasseh ini telah disempurnakan oleh En. Mahpot Bin Arshad selaku Guru Penolong Kanan 1 SK Pusat Juasseh. Acara diteruskan dengan persembahan deklamasi sajak, pantun dan bercerita oleh pelajar-pelajar SK Pusat Juasseh.
Program ini diharapkan agar semua pelajar terus mencintai bahasa kita sendiri kerana bahasa yang kita daulatkan akan membentuk jiwa kita yang seterusnya mempamerkan jati diri kebangsaan. Program tamat pada jam 8.30 pagi.
Pn. Nor Aznim mempengerusikan program.
Para pelajar berkumpul di dalam dewan SK Pusat Juasseh.