Kem Motivasi & Kecemerlangan UPSR 2010

>> Wednesday, July 28, 2010


Pada 23 sehingga 25 Julai 2010, Sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh telah mengadakan kem motivasi dan kecemerlangan UPSR untuk pelajar-pelajar tahun 6. Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini melibatkan 71 orang pelajar tahun 6, guru-guru, ibu bapa serta kakitangan SKPJ. Program ini telah diketuai oleh Encik A Halem Bin Abu Bakar selaku kem komandan 1 dan Puan Noraini Abd Rahman selaku kem komandan 2.Pelajar-pelajar diwajibkan menginap di sekolah dan tidak dibenarkan berhubung dengan orang luar. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya Malaysia Cergas, bengkel Bahasa Melayu, bengkel Bahasa Inggeris, bengkel Matematik, bengkel Sains, solat hajat dan bacaan yassin serta ceramah motivasi. Bengkel bermula pada petang dan berakhir pada hari hari Sabtu. Pelajar juga turut menyertai Malaysia Cergas yang dipimpin oleh jurulatih. Ceramah dan motivasi khas untuk pelajar dan ibu bapa tahun 6 telah disampaikan oleh Encik Nor Azmi, Kaunselor Cemerlang Sekolah Kebangsaan Bukit Rokan. Program ini berakhir sekitar jam 12 tengahari.





Read more...

Sambutan Hari Guru 2010 SK Pusat Juasseh

>> Tuesday, June 1, 2010

Pada 18 Mei 2010, Sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh telah mengadakan sambutan Hari Guru sempena Hari Guru untuk tahun 2010 dengan tema 'Guru Pembina Negara Bangsa'. Sambutan bermula seawal jam 7.30 pagi apabila semua guru dan pelajar SKPJ berkumpul di padang SKPJ. Sambutan dimulakan dengan penyampaian ucapan perutusan daripada Menteri Pelajaran Malaysia oleh En. Hashim b. Harun dan diikuti dengan penyampaian ucapan perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia oleh Pn. Norlela bt Mohd. Pilus. Sambutan diteruskan dengan ucapan daripada Tn. Hj. Mohamad Yussof b. Mohamad, Guru Besar Cemerlang SKPJ dan ucapan daripada Abd. Hadi b. A. Halem, Ketua Murid SKPJ.

Sambutan diselikan dengan persembahan sajak daripada murid tahun 6, diikuti dengan nyanyian lagu dan bacaan ikrar daripada guru serta penyampaian cenderahati kepada semua guru dan staf SKPJ.Pertandingan bola sepak dan bola jaring antara guru dan murid diadakan pada jam 8.30 pagi. Pertandingan bowling kelapa diadakan pada jam 10.30 pagi. Sambutan diceriakan dengan persembahan daripada murid-murid dan juga persembahan istimewa daripada En. Roslan b. Zakaria.

Sambutan berakhir sekitar jam 12.30 tengahari.



Pertandingan bola jaring

Pertandingan bola sepak

Pertandingan bowling kelapa

Persembahan daripada En. Roslan b. Zakaria

Persembahan murid-murid

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Akhbar online anda

beritaharian NST UTUSAN THESTAR HMETRO SINAR KOSMO

Laman interaktif minda

TUTOR EDUWEBTV ZOOMA UPSR

Direktori penting

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP